fbpx

Nak bikin momen jadi lebih menarik dengan Samsung Galaxy Note20 Series? Anda dah buat keputusan yang betul bila klik artikel ni!

Macam yang anda tahu Samsung Galaxy Note20 Series ni memang betul mantol! Bukan sebabkan warnanya jer yang memukau, 3 lensanya yang memang padu giler iaitu 108MP (Wide) + 12MP (Ultra Wide) + 12MP (Tele) untuk Galaxy Note20 Ultra dan 12MP (Wide) + 12MP (Ultra Wide) + 64MP (Tele) untuk Galaxy Note20.

Bukan itu jer, baterinya yang hanya mengambil masa 30 minit jer untuk cas 50%, skrin Dynamic AMOLED 2X untuk Galaxy Note20 Ultra and Super AMOLED Plus untuk Galaxy Note20. Banyak lagi kelebihan yang ada pada Samsung Galaxy Note20 Series ni boleh membuatkan hidup anda dah cukup lengkap!

Tipu sangat kalau cakap anda tak jatuh cinta pandang pertama dengannya. Untuk kali ini, kami nak kongsi dengan anda 5 Tips Edit Gambar dan Video Pakai Samsung Galaxy Note20 Series ini. Bagi anda yang memang ‘kaki’ bergambar dan rakam video, patut ikut tips yang kami bagi ni okay?

1. Jadikan Gambar Macam Di Studio

Kalau anda nak tahu, hardware dan software pada Samsung Galaxy Note20 Series ni dah pun advanced dalam teknologinya. Ia memiliki teknologi AI (Artificial Intelligence).

Dengan peningkatan teknologi AI itu, fungsi Single Take menjadi lebih pintar. Dengan teknologi AI ni juga, anda kini boleh mengambil sebanyak 14 gambar dan video yang cantik dan profesional dalam masa 5 sehingga 15 saat tanpa perlu lagi membawa kamera DSLR pun.

Buat apa nak berat tangan usung kamera besar gedabak tu kan? Guna Samsung Galaxy Note20 Series pun dah nais! Dan part paling menarik, bila fungsi Color Picking Portrait memberi anda gambar seperti diambil dalam studio. Cantik gais!

2. Buat Video Lebih Dramatik

Kamera Samsung Galaxy Note20 Series ini dilengkapi dengan ciri-ciri yang mampu menjadikan rakaman video anda seperti video profesional. Nak nak pula bila ada ciri mod Pro Video untuk menyokong rakaman video berkualiti 8K, lagilah wow video anda nanti!

Nak tahu tak macam mana nak jadikan video anda lebih emosional dan dramatik? Haa ini rahsianya. Dengan kelajuan 120fps, kamera dapat melakukan pemotretan dan pemutaran yang sangat lancar walaupun objek yang anda rakam tu bergerak pantas.

Jadi untuk menjadikan lebih dramatik, buka jer editor pada Samsung Galaxy Note20 Series ini dan gunakan ciri kawalan kelajuan.

Anda hanya perlu memperlahankan atau mempercepat video mengikut keperluan anda. Alah..buat video slow mo orang cakap..kan jadi dramatik tu. Macam anda tengok dalam movie tu ha.

Jangan risau, walaupun gerakannya diperlahankan, video anda akan tetap lancar walaupun kelajuannya diubah menjadi 0.25x tau. Amacam?

Ada lagi gais, mikrofon pada Samsung Galaxy Note20 Series juga dapat menghasilkan audio berkualiti tinggi dalam hasil rakaman video anda tu. Anda bolehlah sesuaikan dan fokus pada suara yang anda nak untuk video yang dihasilkan nanti.

3. Tambahkan Filter & Muzik Latar Pada Video

Nak video lebih nice, tambahkan muzik pada video tu. Kalitu memang fuhhh..video anda memang terbaiklah!

Dengan Samsung Galaxy Note20 Series ni, anda boleh tambahkan muzik latar belakang semasa edit video. Selain itu, anda juga juga boleh mengaplikasikan filter tertentu pada video anda. Padu kan? Memang kami dah tertarik dahni dengan Samsung Galaxy Note20 Series.

Tak payah susah-susah dah download apps untuk edit video anda tu kan?

4. Jadikan Video Jelas & Stabil

Apabila anda merakam video, sah-sahlah telefon pintar tak direkemenkan. Sebabnya nanti kang bergegar lah video anda tu. Macam mana orang nak suka tengok video anda nanti kan?

Kebanyakan telefon pintar ni tiada fungsi stabilize. Jadi momen yang best diambil tu akan blur disebabkan gegaran! Inilah masalah utama yang ramai sangat orang hadap.

Tapi dengan dengan mod Super Steady pada Samsung Galaxy Note20 Series, video yang anda rakam tu tak terjejas pun hasilnya nanti disebabkan ia ada fungsi stabilize. Hasilnya nanti memang cantik gais.

5. Tambahkan Efek Zoom Hingga Bokeh

Salah satu ciri yang melengkapi Samsung Galaxy Note20 Series adalah Controlling Zoom Speed. Ciri ini membolehkan anda zoom ketika membuat rakaman video.

Dengan proses zoom in atau zoom out ni, video anda nanti akan terhasil dengan sangat lancar.

Anda juga boleh tambahkan efek bokeh dengan cara melakukan zoom perlahan agar fokus pada subjek atau objek yang dirakam.

Nak lagi dramatik, anda boleh melakukan zoom dengan cepat ke arah wajah atau subjek yang anda ingin fokuskan tu.

Sangat Padu & Berbaloi!

Amacam gais? On tak on? Pada anda yang memang suka buat rakaman video ni memang sesuai sangat nak dapatkan Samsung Galaxy Note20 Series ni. Berbaloi-baloi harganya dengan ciri-ciri awesome yang ada pada telefon pintar ini.

Anda boleh check out tentang Samsung Gallery Note20 Series ini DI SINI. Dah beli nanti anda boleh selongkar banyak lagi ciri-ciri Samsung Galaxy Note20 Series yang mampu buat anda jaw dropped!

Anda juga boleh usha link kat bawah ni untuk dapatkan info lanjut okay!

Website: www.samsung.com
Facebook: SamsungMalaysia
Instagram: @samsungmalaysia
Youtube: Samsung Malaysia
Twitter: Samsungmalaysia