fbpx

Pasti ramai tahu minggu lalu penyanyi rap Caprice mendedahkan isterinya, Farra Inalis menerima rawatan dipercayai mengalami gangguan sihir.

Bagaimanapun, baru-baru ini Farra dilihat ada memuat naik video di TikTok dilihat menari-nari sekaligus ada netizen mempersoalkan benarkah isteri Caprice itu terkena sihir.

BACA: “Dah Banyak Kali Ustaz Datang Ubatkan Isteri Saya” – Caprice

Tampil menjelaskan perkara itu, Farra berkata dia tidak mahu menunjukkan keadaan dirinya yang lesu dan tidak selera makan kepada pengikut kerana ianya bukan satu perkara yang positif untuk dikongsi.

“Pertama sekali, sejak akhir-akhir in saya banyak terima DM daripada korang dan saya baca semua. Ada yang mendoakan, ada juga menceritakan tentang sihir.

“Tapi ada juga netizen yang mula judge saya ‘oh sebab kau tak pakai tudung la kau kena kacau dengan makhluk halus’

“Ada juga yang beritahu dekat IG suami kena sihir, tapi dekat TikTok berjoget-joget pula. Eh abang kakak, what do you expect? Awak nak saya tunjuk muka tengah lesu? nak bercerita yang saya tak lalu makan? Saya tak suka bagi benda negatif,” katanya.

Menerusi perkongsian video dimuat naik di IG Story, Farra berkata pada awalnya dia tidak bersetuju suaminya berkongsikan mengenai keadaan dirinya kepada umum, namun Caprice berkata kepadanya supaya percaya pada Allah.

“Kalau nak tahu, secara peribadi saya dan suami sangat berbeza. Sebab apa, saya lebih suka simpan sendiri kalau Ariz pula suka bercerita dengan netizen.

“Dia suka ambil input daripada netizen macam kongsi pengalaman, dia suka ambil tahu benda itu. Kami ada berbalahan juga mengenai sihir ini.

“Saya tak nak orang tahu, tak perlu la berithau semua orang sebab orang tak suka kita itu akan tepuk tangan bila tahu benda itu. Tapi Ariz cakap biarlah, kita ada Allah, kita percaya dengan Allah,” katanya.