“Dah Banyak Kali Ustaz Datang Ubatkan Isteri Saya” – Caprice
Perkongsian terbaru penyanyi rap, Caprice menjadi perhatian apabila mendedahkan isterinya, Farra Inalis menerima rawatan dipercayai mengalami gangguan.
Menurut Caprice, baru-baru ini ada beberapa individu berani menggangu isterinya dengan menghubunginya di tengah malam.
BACA: “Tak Semestinya Ayah Ustaz, Anak Tak Akan Buat Dosa” – Caprice
View this post on Instagram
Menerusi entri itu, Caprice turut memuat naik video isterinya sedang tidur sambil dipasang ayat ruqyah di telefon. Caprice turut bingung mengapa ada yang pihak tidak berpuas hati dengan isterinya.
“Dah berapa kali ustaz datang berubat dia. Baru-baru ni ade pulak 3 orang yang berani call dia tengah malam dan ganggu.
“Cap tak tahu kenapa ramai masih tak puas hati dengan isteri. Sejujurnya saya sudah penat. Nak hadam business 9am-10pm, lepas tu sambung dengan benda bukan-bukan sampai 3am-4am. Saya pelukan bantuan,” katanya.
Dalam pada itu, Caprice berkata dia tidak menyangka ujian selepas berkahwin lebih berat. Ujarnya, banyak dia dan isteri lalui sejak tujuh bulan lalu.
“Sebelum ini saya menyangka selepas kahwin ujian pasti akan berkurangan berbanding dulu. Disebalik semua senyuman, ‘filter’ dan video yang dimuat naik, sebenarnya untuk tujuh bulan yang lalu saya melalui banyak perkara baru.
“Bukan itu saja, malah dalam pada itu saya harus membantu isteri berdepan perkara-perkara begini,” katanya.
Ni satu lg x abis2 nk promote kan bini dia..
Ooo ustaz dtg sebab kena ubat bini kau yg kuat main tiktok tu kan?
Sah ke mandi junub ..rambut habis berkarat..mcm mn nk solat..
Kemain lagi rambut sambung ko ye…
semoga cpt sembuh
Jantan bodoh, suka jaja hal bini sendiri…phtuiii
Penyakit ‘Ain’ is real, Cap. You can’t control the audience to lower their gaze. First and foremost, educate your wife to cover her awrah. If she can’t and is not willing, advice her to control her media social appearance. She’s your wife and she has to accept that she’s married to a public figure. People will taunt her for years, just for a silly mistake.
Geram juga tgk caprice pakai sluar pendek slalu