fbpx

Menari Ghairah, Blogger Akui Lalai & Lupa Diri

Sejak semalam, aksi wanita bertudung menari ghairah di majlis pelancaran koleksi hijab Neelofa menjadi bualan hangat di media sosial.

Individu tersebut merupakan blogger dan personaliti Youtube popuar, Nisa Kay, akui dia tidak seharusnya berkelakuan sedemikian lebih-lebih sebagai wanita berhijab.

“Saya akui, perlakuan saya itu tidak seharusnya berlaku dan sama sekali tidak menggambarkan diri saya sebenar serta imej sebagai wanita bertudung.

“Saya akui, saya tidak memaparkan contoh yang baik, lebih-lebih lagi dengan reputasi yang perlu dijaga,” ujarnya kepada mStar.

Tidak menyangka video tersebut akan tular, dia juga akui lalai dan lupa siapa dirinya ketika itu.

“Suasana dan muzik yang meriah mungkin buat saya lupa seketika siapa saya dan kenapa saya berada di sana.

“Ada khilafnya di mana saya lalai dan terbawa-bawa dengan perlakuan saya seperti mana yang orang ramai sudah saksikan menerusi video tersebut,” ujarnya lagi.