Umum mengetahui, pelakon Uqasha Senrose baru-baru ini berkongsikan khabar gembira bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.
Bagaimanapun, menerusi perkongsian di Instagram itu Uqasha tidak mendedahkan usia kandungan anak sulungnya bersama pelakon Kamal Adli itu.
BACA: Uqasha Senrose Tak Mengidam Pelik-Pelik
@therealuqashasenrose haaaaa kan dahhh besar badan tapi kenapa muka tak naikkkkk ? . dah la nari tk jadi tp nk buat jugak ..? tak pelah #uqashasenrose
Terbaru, perkongsian Uqasha menjadi perhatian apabila memuat naik video memaparkan dia sedang menari sambil mengenakan dress berwarna hitam putih.
Diruangan komen, rata-rata netizen memuji kecomelan bakal ibu itu serta mendoakan agar dipermudahkan urusan Uqasha dalam melahirkan cahaya mata.
Tidak kurang juga, ada yang malu melihat aksi tarian itu kerana ramai mata yang memandang. Kata netizen lagi, tidak salah untuk menari namun tidak perlu di kongsikan kepada umum.