fbpx

Sabtu lalu, pelakon Zulin Aziz selamat bergelar isteri kepada rakan kongsi perniagaan, Farhan Norzaini dengan sekali lafaz di Masjid Negara.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Zulin dilihat ada memuat naik gambarnya menangis saat diijabkabulkan dengan suami tercinta.

BACA: Zulin Aziz Sah Bergelar Isteri Farhan

Zulin berkata dia melalui jalan sukar dalam memilih pasangan. Malah, dia juga disakiti dan ditipu berkali-kali.

Bagaimanapun, Zulin berkata dia tidak pernah berputus asa dan sentiasa bersangka baik dengan Allah. Ujarnya, dia akhirnya disatukan dengan suaminya atas izin Allah.

“Bagaimana aku mampu menahan air mata, terlalu banyak yang aku tempuhi. Sabar itu indah. Percayalah…Sabar itu punya hikmah yang kau tak pernah terbayangkan. Alhamdulillah. Terima kasih atas doa-doa kalian,” tulisnya.

Terdahulu, Zulin selamat mengikat tali pertunangan pada 28 Januari lalu. Pada majlis Sabtu lalu, Zulin menerima wang hantaran RM30,000. Pengantin lelaki turut menyerahkan mas kahwin RM80 dan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang daripada pihak pengantin perempuan.