fbpx

“Saya Tak Pandai Berlakon, Menangis Depan Kamera” 

Dilihat tersenyum ketika hadir ke mahkamah bagi pertuduhan kes khalwat bersama, pelakon sensasi Ruhaines menjelaskan sebab mengapa serta menafikan dakwaan tidak sensitif.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

Memetik Kosmo, Ruhaineis berkata dia gembira kerana akhirnya dapat bertemu dengan pihak media. Katanya lagi, dia tidak pandai berlakon menangis di hadapan kamera.

BACA: Aliff Aziz, Ruhainies Mengaku Tidak Bersalah Berkhalwat

“Saya senyum sebab nampak rakan-rakan media dekat sini, saya teruja setelah sekian lama tak berjumpa kalian semua. Saya bersyukur sebab kalian sudi datang pada awal pagi untuk mengikuti prosiding hari ini.

“Mengenai dakwaan tidak sensitif, takkan saya nak menangis pula, saya tak pandai berlakon, tak pandai menangis depan kamera,” katanya.

Dalam pada itu, Ruhainies berkata dia dan Aliff Aziz tidak datang bersama ke mahkamah sebaliknya mereka datang berasingan tiba di mahkamah pada waktu sama.

“Eh kami bukan datang bersama. Kami datang asing cuma waktu tiba di mahkamah sahaja sama dan kami parkir berdekatan secara berdekatan,” katanya.

SUMBER: Kosmo