fbpx

Bagi penggemar barangan jenama Watsons, ini ada berita baik buat anda dan jangan sesekali anda lepaskan peraduan semudah ABC ini.

Watsons kali ini mengadakan peraduan #LoveWatsonsBrand untuk anda rebut peluang menangi baucer Watsons Brand keseluruhan bernilai RM25,000.

Peraduan yang bakal memukau anda ini terbuka kepada kesemua ahli Watsons berusia 18 tahun keatas.

Caranya sangat mudah, anda hanya perlu beli mana-mana barangan jenama Watsons, kemudian snap gambar bersama barangan jenama Watsons tersebut mengikut kreatifviti anda.

Tapi jangan lupa pula untuk muatnaik gambar yang paling kreatif itu di laman Instagram anda berserta dengan #LoveWatsonsBrand #WatsonsBrand dan #WatsonsMalaysia.

Kalau nak menang, jangan private akaun Instagram anda! Muatnaik sebanyak mana gambar yang anda mahu sehingga 11 Mac ini.

Seramai 25 pemenang akan diumumkan oleh pihak penganjur melalui laman Facebook Watsons dan laman rasmi Watsons.

Setiap pemenang bakal membawa pulang baucer tunai Watsons Brand bernilai RM1,000. Menarik lagi, setiap wajah pemenang akan dipaparkan di seluruh TV store Watsons dan papan iklan sekitar Lembah Klang.

Jadi kepada pengguna tegar kad ahli Watsons anda jangan lupa untuk sertai peraduan semudah ini untuk beli sepuas hati barangan jenama Watsons apabila menjadi pemenang nanti! Ingat tarikh tutup peraduan ini 11 Mac, jangan lupa tahu.