fbpx

Menang Saman Fitnah, Hidayah Terus Tunai Hajat Sedekah Buah Di Surau

Selepas dua tahun, akhirnya balu kepada Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali menang kes saman fitnah yang difailkan terhadap adik iparnya, Ali Puteh.

Sejurus selepas menang kes saman berkenaan, Hidayah menunaikan hajatnya membeli buah-buahan untuk disedekahkan di surau.

BACA: Balu Abam Bocey Menang Kes Saman Fitnah, Ali Puteh Diperintah Bayar RM60,000

Menerusi perkongsian di Insta Story, Hidayah sedekahkan buah-buahan tersebut di Surau Nurul Iman, Seksyen 6 Kota Damansara.

 

Dalam entri tersebut, Hidayah turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih buat mereka yang mendoakannya dan anak tunggalnya.

“Terima kasih yang mendoakan saya dan Hamzah. Hari ini kita di kedai buah. Nak beli buah dan kita nak bersedekah untuk orang masjid.

“Kita bersedekah di surau, kita hantar. Alhamdulillah, lepas hajat. Terima kasih yang mendoakan Dayah dari A to Z,” katanya.

Dalam keputusan pagi tadi, Ali Puteh diperintahkan untuk membayar ganti rugi kepada Nor Hidayah sebanyak RM60,000.