fbpx

Selepas hampir dua tahun, akhkirnya balu Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali menang kes saman fitnah yang difailkan terhadap adik iparnya, Ali Puteh.

Memetik laporan mStar, keputusan tersebut dibuat Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan sebenar tadi.

BACA: Saman Kakak Ipar, Keputusan Kes Ali Puteh Bakal Terjawab Esok

Berikutan itu, Ali Puteh diperintahkan untuk membayar ganti rugi kepada Nor Hidayah sebanyak RM60,000

Peguam yang mewakili Nor Hidayah berkata, hakim telah menolak tuntutan dibuat keluarga Allahyarham Abam yang meninggal dunia pada 10 Februari 2020 dengan kos.

“Kami percaya keputusan ini membersihkan segala kata-kata negatif yang dilemparkan kepada anak guam kami.

“Sebelum ni dikatakan ada pihak telah dianiaya oleh anak guam, namun mahkamah jelaskan tidak berlaku sebarang penganiayaan sebaliknya anak guam kami yang dianiya,” katanya.