fbpx

Menang Dewi Remaja, Raysha Rizrose Terus Dilamar Berlakon Filem

Siapa sangka, Raysha Rizrose yang juga merupakan juara Dewi Remaja 2015 baru-baru ini, kini telah pun dilamar oleh Sabri Yunus, bukan calang-calang pengarah dan dengarnya, Raysha juga akan digandingkan bersama nama-nama besar dalam industri lakonan.

BACA: Raysha Rizrose Tangguhkan Belajar Untuk Bergelar Selebriti

Menurut laporan portal Murai lamaran berlakon tersebut merupakan tawaran untuk membintangi filem terbaru arahan Sabri yang berjudul Dukun Doktor Dani, terbitan Astro Shaw.

Antara pelakon senior yang turut terlibat di dalam filem tersebut ialah Fasha Sandha, Khatijah Tan, Yus Jambu, Taufik Batisah dan ramai lagi. Bertuah sungguh Raysha kerana terus disambar untuk berlakon, bukan untuk drama, tetapi terus ke layar perak.

Apa pun, jika benar berita ini, semoga Raysha dapat membuktikan gelaran juara yang dimahkotakan kepadanya itu berbaloi dan pastinya Sabri Yunus juga meletakkan harapan yang tinggi kepada Raysha yang juga adik kepada Nelydia dan Uqasha Senrose ini. (rtky/s)