Menang Artis Baru Lelaki Popular, Netizen Persoal Siapa Chubb-E
Mencipta kejutan apabila dinobat Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 malam tadi, Chubb-E menewaskan calon favourite seperti Zynakal dan Yonnyboii dalam kategori berkenaan.
Namun, kemenangan Chubb-E atau nama sebenar, Muhammad Shahrul Ashlyn Awang Ashrul Affandy ternyata menimbulkan persoalan netizen yang tertanya-tanya siapa sebenarnya Chubb-E kerana ramai tidak mengenali penyanyi itu.
Kata netizen lagi, mereka tidak pernah melihat Chubb-E di kaca televisyen dan tidak dikenali ramai tetapi boleh dinobat sebagai Artis Baharu Lelaki Popular. Namun ada segelintir netizen mengatakan mereka mengenali penyanyi itu sejak dari program realiti kanak-kanak Ceria PopStar dan MegaStar.
Hampir lapan tahun berkecimpung dalam dunia seni. Chubb-E pernah tampil dengan single Aku Tak Kisah pada 2018 disusuki Kita, tahun lalu dan terbaru, Padan Muka. Chubb-E mula mendapat perhatian apabila menyertai program realiti Dansa Dan Sing, tahun lalu.
Akui terkejut dengan kemenangan tersebut, Chubb-E mengucapkan terima kasih buat peminatnya dan tidak sangka kemenangan berpihak padanya. Ujarnya, kemenangan tersebut adalah hadiah untuk ibu bapanya.
“Saya tak jangka dan tergamam berganding dengan artis berpengalaman. Terima kasih kepada peminat. Ada usaha berkempen dengan peminat. Tetapi, saya tak sangka ia menyebelahi saya. Hadiah untuk mak ayah sebab hari lahir mereka jatuh bulan ini,” katanya.
- SUMBER
- BH Online
Yes who is he? Rama jgk X knal Ben Amir. K bai
Jap aku nk cari lagu dia kt yutiub
Kah3 lirik lagu padan muka tu mmg dia bg setepek kt haters yg xde live pandai kondem org to diri sendiri pun xde apa2….
yang aku tau, ada dolla sorang tu pakai leather leggings auummm
Bak kata ustaz kazim elias. Tiba masanya kita ikut hadis & Al-Quran dimana kita meminta pertolongan Yang Maha Esa.
Dah 8 tahun jadi artis, kat mana “barunya”?
yonni boi zynakal pon aku x kenal.ape lagi si cabi nih..maaple dik