fbpx

Memey Suhaiza Sengaja Bocorkan Gambar, Gunakan Anak-Anak – Abby

Abby Abadi mula buka mulut tentang kemesraan Norman Hakim & Memey Suhaiza.

Beberapa hari lalu, dunia internet di’sajikan dengan beberapa keping gambar kemesraan Norman Hakim, anak-anak beliau & Memey Suhaiza.

Ini termasuklah gambar yang menunjukkan anak-anak Norman Hakim mencium pipi Memey Suhaiza.

Ini reaksi Abby Abadi menerusi media.

“Bagi saya, biasa-biasa sahaja. Alhamdulillah, mereka melayan tiga orang anak saya dengan baik. Cuma saya rasa agak ralat kerana gambar itu seperti sengaja dipublishkan untuk mendapat perhatian”

Abby Abadi juga ada menyebut yang beliau kini menyampah untuk melihat Norman Hakim atas beberapa insiden yang tidak di’nyatakan.

Insiden tersebut melibatkan Norman Hakim sebagai seorang tak tahu malu dan tak menghormati langsung keluarga Abby Abadi.