fbpx

Pelakon jelita Zahirah Macwilson tampil bersuara mengenai isu keruntuhan rumah tangga disebabkan orang ketiga dan wanita sepatutnya saling menghormati wanita lain.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Zahirah berkata dia memahami perasaan isteri apabila terpaksa melalui ujian rumah tangga dan berhenti menormalisasikan perbuatan tidak beradab itu.

BACA: Zahirah MacWilson, Aiman Hakim Pilih Tak Layan Isu Fathia Latiff

“Saya faham perasaan untuk isteri yang terpaksa melalui situasi kehancuran rumah tangga. Wanita perlu menghormati wanita lain dan berhenti menormalisasi kelakuan tidak sopan tersebut,” katanya.

Sementara itu, Zahirah berkata tindakan tersebut itu boleh memecahkan sebuah keluarga dimana turut melibatkan anak-anak.

“Lebih-lebih lagi apabila terdapat kanak-kanak yang terlibat. Memecahbelahkan sebuah keluarga adalah sifat tidak bermoral,” tulisnya,