fbpx

“Memang You Nyanyi Tak Sedap, Terima Je Lah Hakikat”

Menyanyikan lagu Aku Bidadari Syurgamu oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM35) baru-baru ini, namun ramai yang mengkritik nyanyian Aishah tiada jiwa dan penghayatan.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Bukan hanya meninggalkan komen negatif, malah ada yang menghantar mesej melalui DM di Instagram mengkritik penyanyi itu. Malah, netizen itu turut mengatakan Tuhan tarik nikmat suara kerana terlalu sombong.

BACA: Aishah Hampir Pitam Nyanyi Lagu ‘Aku Bidadari Syurgamu’

Menerusi Instagram, Aishah dilihat ada memuat naik paparan skrin mesej daripada netizen itu yang sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum terhadapnya serta merasakan dirinya Tuhan.

Menyifatkan individu berkenaan seorang yang pengecut kerana tidak menggunakan gambar wajahnya sendiri, Aishah mengajak individu berkenaan untuk bersemuka. Malah, Aishah turut memberi kata-kata sindiran mahu berkenalan dengan individu itu.

Terdahulu, pencipta lagu tersebut Ippo Hafiz meluahkan rasa kecewa apabila membaca komen yang dilontarkan netizen tanpa memikirkan perasaaan Aishah.

Ippo turut meminta netizen di luar sana supaya jangan sesekali menyalahkan Aishah kerana dia telah mencuba yang terbaik. Malah, dia dan penyanyi asal sangat berpuas hati dan berterima kasih dengan apa yang dilakukan Aishah.