Perkongsian penyampai radio, Fizi Ali di Insta Story mencetuskan tanda tanya apabila memuat naik status mengenai ‘perampas’ dan ‘bercinta dengan suami orang’.

Dalam dua penghantaran berasingan itu, Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin bagaimanapun tidak menyebut nama mana-mana individu.


BACA: Fizi Ali Suruh Tanya Shakilla Khoriri Sendiri Punca Hilang Sabar

“Ingatkan dah insaf. Sambung balik tu. Haish, tahniah la si perampas, sesuai la dedua tu perampas,” tulisnya.


Sebelum ini hangat diperkatakan apabila Fizi meluahkan rasa berang terhadap bekas isterinya, yang juga pelakon, Shakilla Khoriri.

Terdahulu, Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 namun bercerai tiga tahun kemudian. Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan Nurul Ameena Sofia kini berusia tiga tahun.