fbpx

Wah! Akhirnya penantian sudah berakhir kerana tablet yang anda tunggu-tunggu dah pun ada di Malaysia. Kemunculan HUAWEI Matepad 10.4 pasti memberikan pengalaman luar biasa untuk anda.

Tablet ini akan dilengkapi skrin bersaiz 10.4-inci IPS dengan resolusi 2000 x 1200 piksel. Ia juga menggunakan cip HiSilicon Kirin 820, memori 4GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri berkapasiti 7,250mAh. Pergh!

Pra-pesanan Bermula Hari Ini Sehingga 19 Mac 2021

Bukan itu jer gais, ia juga menggunakan sensor sebesar 8-Megapixel untuk kedua-dua belah kamera hadapan dan belakang termasuklah sokongan Bluetooth 5.1, Wi-Fi 6 dan banyak lagi spesifikasi yang pasti buat anda jaw dropped!

Anda boleh jadi orang pertama untuk dapatkan tablet ni tau. Pra pesanan bermula 16 Mac 2021 sehingga 19 Mac 2021 sahaja. Klik LINK INI untuk pra pesan sekarang dan dapatkan hadiah percuma yang lumayan!

Storan Besar Di bawah Harga RM1500 Jer

Bukan itu jer gais, harga pun sangat-sangat berpatutan dengan storan terbesar iaitu 128GB. Anda hanya perlu bayar RM1,499 untuk setiap pra-pesanan tablet tu. Paling best, ia juga dilengkapi dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM665 keseluruhannya.

Antaranya anda boleh dapat HUAWEI Smart Magnetic Keyboard, Pakej Hadiah Hiburan dan juga akses VIP Video HUAWEI selama 3 bulan.* Padu weh. HUAWEI M-Pencil bagaimanapun akan dijual secara berasingan.

*Tertakluk kepada terma dan syarat. Sementara stok masih ada.

6 Sebab Utama Kenapa Anda Harus Beli HUAWEI Matepad 10.4

Apa yang best sangat pasal HUAWEI Matepad 10.4 ni? Haaa..meh sini teman nak kabo. Ada 6 sebab utama mengapa anda harus membeli HUAWEI MatePad 10.4 sekarang, jom check out kat bawah ni:

1. Penyimpanan Storan Terbesar 128GB Di Bawah Harga RM1,500

Zaman moden sekarang ni, penyimpanan selalu menjadi salah satu faktor untuk kita semasa membeli peranti kita. Ye lah nak simpan gambar lah, video lah..mestilah nak yang storan besar kan?

Don’t worry gais, dengan HUAWEI MatePad 10.4 ni ia mempunyai storan dalaman 128GB, dengan harga RM1,499 sahaja, anda boleh simpan pelbagai gambar atau video dengan happynya. Memang padu gais.

Kalau anda rasa 128GB tu tak cukup, anda boleh jer memasukkan kad microSD dengan simpanan sehingga 512GB. Jadi, anda tak payah lah nak susah hati untuk nak buang gambar dan video anda dari galeri anda tu.

Bukan itu jer, storan yang besar juga membolehkan anda menyimpan semua cerita-cerita kegemaran anda dalam tablet tu. Cerita Korea ke kan? Ui barulah heaven!

2. Audio & Visual Menarik Dengan Kualiti Terbaik

Dengan semua penyimpanan dan sambungan internet yang pantas, anda dapat menikmati hiburan anda dengan skrin layar 10.4 inci yang boleh dipasangkan dengan sistem pembesar suara quad dengan kesan suara Huawei Histen6.1 oleh Harman Kardon! Kalitu memang marathon terus layan cerita Korean!

Skrinnya juga diperakui oleh TÜV Rheinland yang mana anda tak akan rasa sakit mata kalau tengok lama-lama movie nanti. Ia mengurangkan cahaya biru yang berbahaya pada mata anda tu nanti. Jadi kalau guna lama-lama tak ada masalah sakit mata tu dan mata anda pasti akan selesa.

3. Sambungan Yang Lebih Pantas & Lancar

HUAWEI Matepad 10.4 ini juga dilengkapi dengan Wi-Fi 6, tablet memastikan penyambungan yang lebih cepat dan lebih lancar untuk rutin harian anda tanpa gangguan terutamanya ketika digabungkan dengan penghala Wi-Fi 6 AX3 Dual Core yang serba baru.

Baru padu gais! HUAWEI MatePad 10.4 ini memang diyakini dapat memuat turun file yang besar sama ada untuk hiburan atau kerja anda. Haa amacam? Best kan.

4. Berhubung Mudah Dengan HUAWEI MeeTime

Ini adalah panggilan video yang dibawakan ke tahap yang berbeza! HUAWEI MeeTime membolehkan anda berkongsi skrin semasa dalam panggilan, mengedit gambar dan juga membuat nota semasa anda sedang dalam video call tu.

Anda bayangkan betapa cepatnya anda sekarang dapat menolong mak ayah anda yang struggle dengan teknologi ni.

Dan melalui panggilan video ini juga, anda juga dapat melihat orang tersebut walaupun dalam keadaan cahaya yang malap dan penggunaan data yang rendah. Memang betul power lah!

5. Rasai Kehebatan Tablet Ultra Ringan

Untuk info anda, HUAWEI MatePad 10.4 ini dilengkapi dengan HiSilicon Kirin 820 octa-core yang kuat di terasnya. Dengan chipset yang hebat, ia memberikan prestasi seperti tablet lain sebelum ini.

Bersama dengan penggunaan kuasa yang cekap dan bateri besar 7250 mAh, HUAWEI MatePad 10.4 akan bertahan sehingga 65 jam jika anda mainkan muzik tanpa bimbang bateri tu nak habis.

Sekiranya anda risau dan tertanya-tanya berapa lama masa yang diperlukan untuk mengecasnya? Percaya atau tidak, MatePad 10.4 boleh dicas hingga 30% dalam masa setengah jam sahaja!

6. Cekap!

Seperti yang anda tahu, produk HUAWEi dah memang sinonim dengan kecekapan produk yang one-of-a-kind tentang HUAWEI Share yang mana ia membolehan kolaborasi Multi-screen.

Selain itu, HUAWEI Share juga membolehkan anda berkongsi skrin telefon pintar HUAWEI ke tablet anda. Anda boleh berkongsi fail di seluruh peranti macam anda sedang jalan-jalan kat taman tu jer. Hanya perlu drag dan drop jer fail tu antara telefon pintar anda dan HUAWEI MatePad 10.4 ni.

Pernah terfikir tak yang bila anda perlu menguruskan beberapa dokumen sekaligus dalam satu peranti mungkin boleh membingungkan anda kan? Tapi dengan tablet HUAWEI Matepad 10.4, anda boleh beralih antara dokumen dengan aplikasi untuk menyelesaikan kerja anda. Sangat mudah!

Jadi ciri HUAWEI multi-window dan aplikasi HUAWEI berganda ini tersedia di MatePad 10.4 yang mana akan meningkatkan pengalaman anda dalam melakukan pelbagai kerja multitasking!

Jadi apa tunggu lagi gais, lawati HUAWEI Online Store atau Senheng Online store untuk membuat pra pesanan sekarang!

Pasti berbaloi! Ingat yer, pra pesanan bermula 16 Mac 2021 hingga 19 Mac 2021 kalau anda nak grab HADIAH PERCUMA yang menarik bernilai RM665*.

*Tertakluk kepada terma dan syarat. Sementara stok masih ada.