fbpx

Pelakon Sharnaaz Ahmad memberi respon mengenai isu poligami melibatkan pempengaruh media sosial, Abang Tesla yang tular sejak beberapa hari lalu.

Menurut pelakon itu, dia bersikap terbuka terhadap poligami dan baginya tiada masalah untuk lelaki berkahwin lebih daripada satu kerana ianya ada di dalam Al-Quran.

BACA: Sharnaaz Ahmad Sambut Hari Jadi Kekasih Bersama Jebat Jayden

“Biarlah dia nak kahwin dua. Hampa ni lupa ke itu ada dalam Al Quran. Lelaki boleh kahwin empat, ingat tak benda tu? Bagi aku ok je nak kahwin dua tiga, bagi aku sangat tak ada masalah.

“Isteri dia bagi, tak kisahlah. Bagi aku ok je nak kahwin dua tiga, bagi aku sangat tak ada masalah. Kalau perempuan tu tak boleh terima, kena bagi tahu awal-awal lah,”

Dalam pada itu, Sharnaaz berkata jika lelaki itu mahu mengamalkan poligami perlulah berani dan perlu hadap dengan apa yang isteri akan katakan serta perlu bersedia dengan pelbagai kemungkinan.

“Hang nak kahwin, kena berani lah. Nak jadi lelaki, kena bimbing hang kena betul dulu lah tapi tak perlu cakap tentang itu tak ada manusia yang semuanya betul.

“Ayat perempuan akan pakai dekat kita ‘tak sembahyang, puasa’ yang tu memang tak boleh buat apa…kena hadap je apa dia cakap. Tapi kalau hang nak kahwin, dia tak boleh nak cakap apa. Dalam Al Quran pun cakap boleh kahwin empat. Buat pekak telinga.

“Depends la kalau perempuan boleh terima. Kalau perempuan tu tak boleh terima, cerai. Itu saja consequences dia,” katanya.