Tidak pasti ini adalah trend baru atau tidak tetapi kebelakangan ini ramai pengantin perempuan menghadiahkan tarian di depan pengantin lelaki dan tetamu yang hadir. Turut tidak terkecuali, Mawar Rashid yang sakan menari di depan suami ketika resepsi perkahwinan mereka.

Pastinya aksi tersebut tidak disenangi peminat dan menyifatkan pengantin perempuan zaman sekarang tidak tahu malu. Menyangkal dakwaan terbabit, Mawar akui sejak dari dulu lagi beliau mengimpikan untuk menari ketika majlis resepsi hari perkahwinan di depan suami.


BACA: Di Sekitar Resepsi Kahwin Mawar Rashid, Raf Yaakob


“Menari adalah salah satu daripada minat Mawar sejak kecil dan dari dulu lagi Mawar mengimpikan untuk menari di majlis resepsi Mawar sempena meraikan hari bahagia Mawar. Apa yang saya boleh buat adalah percaya pada diri sendiri dan sentiasa berfikiran positif.

“Bagi saya apa yang paling penting kesemua majlis saya berjalan lancar. Mawar rasa tak salah untuk Mawar buat persembahan tarian kepada suami dan para tetamu yang hadir di majlis perkahwinan MawaRaf,” jelasnya yang baru sahaja mendirikan rumah tanggan baru-baru ini.



Menerusi sebuah video yang dikongsi, Mawar bersama dua orang penari di belakangnya menari di atas platform sambil dilihat suami, Raf Yaakob dan ratusan tetamu lain. Melihatkan aksi lincahnya menari, ramai turut bersorak dengan tarian berlatar belakangkan lagu ‘mat salleh’.

Dengan ini kami kongsika sedutan video berkenaan. (rtky/w)