fbpx

Memang Gempak! Patutlah Siri HONOR 90 5G Jadi Pilihan Geng TikTok

Buat pertama kalinya TikTok akan menganjurkan Anugerah TikTok pertamanya di Malaysia! Yang paling padunya Anugerah TikTok dikuasakan oleh HONOR 90 5G sebagai penaja utama! Fuiyohh, mesti gempak habis.

Kalau anda nak tahu, Anugerah TikTok ini adalah ialah acara tahunan terbesar TikTok tahun ini untuk meraikan kejayaan pencipta Malaysia atau geng-geng TikTokers kesayangan anda tu. Mana taknya, dorang-dorang ni jugalah yang memberi impak besar pada platform TikTok dengan cerita dan bakat mereka yang kreatif, memberi inspirasi dan juga pendidikan. Amacam gais? Onz kan!

Jom Undi Tiktokers Kegemaran Anda!

Dan ini berita baik untuk anda! Sekarang ini Anugerah TikTok yang pertama di Malaysia telah dibuka untuk mengundi. Jadi anda kena cepat-cepat mengundi TikTokers kegemaran anda sekarang!

Undian ini bermula dari 15 hingga 26 Ogos, dengan 14 Anugerah untuk dimenangi. Melalui perkongsian ini, HONOR Malaysia akan memainkan peranan penting dalam menganugerahkan “Pencipta Kandungan Terbaik Tahun 2023″.

Kalau anda nak tambah undian kepada Tiktokers kesayangan anda, pergi ke kedai HONOR sekarang dan imbas kod QR di kedai untuk tambahan mengundi 5.

Patutlah HONOR 90 5G Jadi Pilihan!

Sebagai rakan kongsi rasmi Anugerah TikTok, HONOR 90 5G ini menjadi pilihan utama kerana ia sesuai untuk Tiktokers mencipta kandungan TikTok dengan ciri kamera utamanya.

Kamera Super Sensing 200MP dan Kamera Depan Ultra Clear 50MP membawa butiran foto dan video yang sempurna! Ciri video berbilang kamera yang menarik membolehkan anda dengan mudah mencipta kandungan yang sangat interaktif, meningkatkan lagi tahap kreativiti anda!

Oh ya bukan kamera jer yang padu, banyak lagi spesifikasi lain yang membuatkan kenapa HONOR 90 5G menjadi pilihan utama bagi creator TikTok. Meh sini kami kongsikan:

1. Kamera Super Sensing 200MP

HONOR 90 didatangkan dengan empat kamera iaitu 3 kamera belakang dan satu kamera selfie. Tetapi kamera yang paling hebat tentunya 200MP Super Sensing Camera dengan 1/1.4-inci CMOS dan kamera piksel setara piksel besar profesional (16-dalam-1).

Setiap tangkapan memang sangat jelas gambarnya. Walaupun anda mengambil gambar dalam keadaan cahaya malap ataupun gelap, gambar anda tetap on point sebabnya kamera HONOR 90 boleh menyerap lebih banyak cahaya dan mencerahkan visual.

2. Kamera Depan Super Jelas 50MP, menyokong rakaman 4K

Kamera depannya super jelas gais, 50MP. Ia juga menyokong video 4K HD dan sudut pandang 100° super wide-angle. Boleh muat ramai orang tau, wow! Didatangkan dengan mod HDR, anda juga boleh mendapatkan tangkapan yang jelas walaupun di bawah. Kami pasti gambar yang anda ambil dengan HONOR 90 tentunya lebih details dan cantik!

Anda nak buat video vlogging pun nice sangat! Rakam video pada bila-bila masa, di mana sahaja anda berada!

3. Rakaman multi-video, cipta video yang menarik dan interaktif!

Untuk pengetahuan anda, HONOR 90 ini mempunyai enam mod untuk rekod video. Dengan kombinasi yang menggunakan kamera hadapan dan belakang pada masa yang sama, memberikan anda kebebasan dan kefleksibelan untuk mencipta video mengikut gaya anda!

Setiap mod boleh ditukar secara alternatif semasa merakam, dah tak perlu post-editing, memang dapatlah kurangkan beban anda nak edit video pula selepas rakam kan?

4. Memori dan storan besar 12GB+512GB, tiada masalah lagging semasa anda nak edit video

Bermula dari RM1,799, anda boleh mendapatkan telefon dengan memori dan storan 12GB+256GB yang besar, varian 512GB hanya berharga RM2,099, sangat mesra bajet!

Storan besar 512GB boleh menyimpan semua draf video dengan mudah, tidak perlu risau tentang kehabisan storan

Memori besar 12GB dan Chipset dipercepat Qualcomm Snapdragon 7 Gen 1, lancar dan tidak ketinggalan semasa mengedit video.

5. Bateri besar 5000mAh

Berat HONOR 90 hanya pada 183g dan mempunyai badan 7.8mm yang sangat nipis, paparan empat lengkung yang mempunyai cengkaman tangan yang baik di mana anda tidak akan berasa berat di tangan.

Walaupun nipis dan ringan, HONOR 90 masih menampilkan bateri besar 5000mAh, tiada kebimbangan bateri habis bila anda tengah shooting video nanti. Ia boleh bertahan selama 19.5 jam penggunaan tanpa henti.

Pengecasannya pun pantas dengan SuperCharge 66W yang membolehkan anda cas hingga 45% dalam hanya 15 minit dan cas penuh dalam hanya 49 minit!

6. Perlindungan Mata Dengan Pengaturan Cahaya Tanpa Risiko

HONOR 90 adalah pilihan yang lebih baik untuk melindungi mata kerana ia dikatakan mampu mengurangkan keletihan pada mata terutamanya bila kita tengok telefon dalam keadaan gelap atau kurang pencahayaan.

Sakit mata terlalu lama kalau asyik edit video pada telefon? Sekarang ni anda jangan risau sebabnya HONOR 90 didatangkan dengan frekuensi pemalapan ultra tinggi PWM 3,840Hz yang diiktiraf oleh Pensijilan TÜV Rheinland Flicker Free, jauh melebihi standard yang ditetapkan IEEE Std 1789-2015, sebanyak 3,125Hz.

Frekuensi pemalapan ultra tinggi ini adalah lebih baik berbanding frekuensi rendah yang bukan sahaja memberi risiko kepada mata tetapi boleh menyebabkan gangguan serta tekanan, keletihan, penglihatan kabur dan pelbagai simptom lain.

Jangan Tunggu Lagi, Jom Dapatkan Segera!

Beli HONOR 90 5G Series sekarang untuk mendapatkan hadiah percuma bernilai sehingga RM647!

Gais, jom beli HONOR 90 sekarang hanya pada RM1,799 (12+256GB), RM2,099 (12+512GB) untuk mendapatkan hadiah percuma bernilai sehingga RM647, termasuk HONOR Earbuds X5, jaminan lanjutan 1+1 tahun, perlindungan retak skrin selama 180 hari.

HONOR 90 Lite berharga RM1,099 (8+256GB), didatangkan dengan 100MP Ultra Clear Camera, adalah pilihan ideal bagi anda yang mencari harga mampu milik tetapi mempunyai telefon keupayaan kamera yang hebat!

HONOR 90 Lite

Berkilau dan stylish, memang ramai yang tertarik dengan HONOR 90 ni, jom dapatkan satu!

Klik link ini untuk info lanjut! Atau anda boleh usha Website, Instagram, Facebook atau Youtube HONOR!