fbpx

“Memang Ada Risiko Tapi Takkan Nak Gugurkan Pula”

Baru bersalin dan kini nampaknya isteri Datuk Seri Bung Moktar Radin iaitu Zizie Ezette disahkan hamil seorang lagi anak, Namun menurut Zizie, dia mengakui bimbang dan takut melalui detik melahirkan bayi secara pembedahan sekali lagi.

BACA: 9 Bulan Lepas Lahir Anak Kembar, Zizie Ezette Umum Hamil Lagi

“Saya sentiasa mahukan anak lagi tapi saya tidak jangkakan ia terlalu awal. Ia hanya lima bulan selepas bersalin dengan pembedahan. Bimbang, takut semua ada, yerlah perut nak kena potong lagi, tapi pakar memberitahu saya selamat untuk mengandung kembali,” katanya di Instagram.

Tambannya usia kandungan kini sudah memasuki tiga bulan dan dalam masa yang sama turut bersedia selain turut mendapatkan nasihat doktor pakar.

“Betul memang ada risiko tapi tak kan nak gugurkan pula bila doktor cakap okey untuk mengandung lagi. Jadi kita harap dan doakan yang terbaik sahaja,” kongsinya lagi.

Zizie pada 29 Disember tahun lalu selamat melahirkan anak kembar yang diberi nama Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette menerusi pembedahan. Selain itu, pasangan yang mendirikan rumahtangga pada 2009 ini turut mempunyai dua anak angkat Naila Nurjenna, 3, dan Aaric Zayn Izette, setahun. (rtky/s)