fbpx

“Melalak Nak Balik Raya Apahal? Meninggal Ke Raya Sendiri”

Menerusi satu komen, pelakon Rozita Che Wan meluahkan rasa marah dan kecewa apabila masih ramai berdegil untuk pulang ke kampung menyambut Hari Raya Aidiladha.

Rozita atau lebih mesra dipanggil Che Ta meluahkan rasa marahnya menerusi komen di Instagram Kosmo! Online. Dalam komen tersebut, Che Ta berang apabila ramai yang masih berdegil sedangkan kes masih lagi tinggi.

BACA: Che Ta Cucuk Vaksin Melaram Beg Tangan Birkin

“Sesuai! Kenapa gatal sangat nak merentas negeri? Kalau kes naik nanti salahkan kerajaan! Anda semua melalak nak balik beraya kenapa? Macam meninggal dunia pula kalau raya di rumah masing-masing,” tulisnya geram.

Tambahnya, dia juga memohon pihak berkuasa mengeluarkan arahan agar mereka yang terlepas berpatah balik.

Semalam, berita melaporkan peningkatan bilangan kenderaan di lebuh raya. Malah, hari ini sebanyak 55 kenderan yang cuba memasuki Kelantan di arah berpatah balik kerana tidak mempunyai surat kebenaran rentas negeri.