fbpx

Meerqeen Tolak Babak Soft P*rn, Jaga Nama Baik Keluarga

Berbeza dengan segelintir pelakon baru berlumba-lumba untuk melakonkan babak ‘soft porn’, pelakon Meerqeen berkata dia menolak daripada melakonkan babak berkenaan dalam drama mahupun filem.

Memetik Kosmo, Meerqeen berkata dia mahu menjaga nama baik keluarga agar tidak tercalar akibat babak yang tidak sepatutnya dilakukan oleh individu beragama Islam. Malah, Meerqeen berkata keluarganya menonton cerita lakonannya.

BACA: Meerqeen Nafi Bercinta, Berkawan Dengan Ameera Khan Sejak Tingkatan 5

“Saya ada keluarga yang menonton semua naskhah lakonan saya. Jadi, keputusan paling terbaik untuk saya ialah menolak daripada melakukan babak sebegitu bagi menjaga nama baik keluarga,” katanya.

Sementara itu, Meerqeen berkata apa yang dilakukan oleh seorang pelakon bergantung pada prinsip hidup mereka masing-masing namun baginya perlu selari dengan imej sebagai seorang yang beragama Islam.

“Semuanya berbalik kepada prinsip seseorang. Pelakon mempunyai hak menolak sekiranya enggan atau tak selesa untuk melakonkan babak berunsur soft porn. Perkara itu juga bergantung kepada jenis drama atau filem, pengarah dan keperluan babak tersebut untuk jalan cerita.

“Tiada istilah hanya menerima arahan sahaja. Kita perlu bincang secara terperinci mengenai keperluannya namun kebanyakan babak berunsur soft porn yang ada hari ini adalah teknik atau sudut kamera,” katanya.