fbpx

Meerqeen Nafi Bercinta, Berkawan Dengan Ameera Khan Sejak Tingkatan 5

Pelakon kacak, Meerqeen mengakui penat menepis gosip cinta dengan beberapa selebriti wanita sebelum ini.

Memetik Hib Glam, Meerqeen berkata pada awalnya dia rimas dengan gosip berkenaan namun lama-kelamaan dia sudah terbiasa serta tidak mahu memberi apa-apa penjelasan.

BACA: Meerqeen & Anna Jobling Tersenarai 100 Wajah Paling Kacak, Cantik Di Dunia

“Ya penat. Sebenarnya saya letih nak beri penjelasan sebenarnya sehingga sampai satu tahap, tak mahu beri lagi jelaskan apa-apa.

“Saya rasa orang memang suka ‘satukan’ saya dengan semua orang. Dulu memang rimas tetapi lama-kelamaan sudah rasa terbiasa. Setiap kali saya rapat dengan artis wanita, pasti akan ada gosip timbul,” katanya.

Ditanya mengenai hubungan rapat dengan adik kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Ameera Khan, Meerqeen menegaskan mereka hanya kawan dah sudah berkawan sejak zaman sekolah lagi.

“Hakikatnya, saya dan Ameera berkawan sejak saya 2018 yang ketika itu berada di Tingkatan 5. Kami memang kawan, tidak lebih daripada itu. Dia seorang yang sahabat yang penyayang dan sangat mengambil berat terhadap kawan-kawannya,” katanya.