fbpx

Nampaknya untuk dua tahun berturut-turut, pelakon Meerqeen dan Anna Jobling sekali lagi tersenarai dalam 100 Wajah Lelaki Paling Kacak 2023 dan Wanita Paling Jelita 2023.

Menerusi senarai TC Candler itu, Meerqeen berada ditangga ke-62 mendahului David Beckham dan anggota kumpulan K-Pop BTS iaitu Jin.

BACA: Meerqeen, Nadhir Nasar Dilabel ‘Muka Awam’

Manakala, Anna menududuki tangga ke-66 dalam senarai Wanita Paling Jelita 2023 naik 18 anak tangga berbanding tahun sebelum ini.

Anna mendahului nama aktres terkenal Hollywood antaranya Margot Robbie dan Emma Watson.

Untuk tahun 2023, Timothee Chalamet dinobat Lelaki Paling Kacak Di Dunia dan Nancy Jewel McDonie merupakan Wanita Paling Jelita 2023.