fbpx

Meskipun sudah hampir dua hari berlalu, namun berita perkahwinan Noor Nabila dan Engku Emran masih lagi hangat diperkatakan ramai, malah turut menjadi bualan ramai di negara seberang, Indonesia.

Terbaru, sebuah agensi media Indonesia, Surya Citra Media melaporkan Emran dikatakan mungkin pernah menaiki belon udara panas tersebut bersama bekas isterinya, pelakon terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella.

BACA: Bekas Suami Kahwin, Peminat Doa Laudya Cynthia Bella Segera Temu Jodoh

Malah, media itu turut mengatakan Emran dan Laudya dilihat mengikuti akaun @myballoonadventure di Instagram yang menawarkan perkhidmatan belon udara panas berkenaan.

Perkongsian dari media Indonesia itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang mengucapkan tahniah, malah ada yang mengecam Engku Emran yang sering gagal melalui alam rumah tangga.

Dalam pada itu, menerusi satu video lain dikongsikan di YouTube pada 2017, kelihatan Engku Emran bersama Laudya dan Engku Aleesya bersiar-siar di atas udara menaiki belon panas tersebut.

Jumaat lalu, Engku Emran berkahwin kali ketiga dengan Noor Nabila. Julai tahun lalu, Engku Emran bercerai dengan Laudya Cynthia Bella selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.