Panggung wayang adalah sebahagian elemen dalam dunia hiburan bukan? Okay. Ini kisah Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) yang perlu anda tahu hari ini.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Semalam, sebuah akhbar berbahasa Mandarin ada melaporkan yang MDKS mengeluarkan arahan yang bersifat mulia tetapi tidak kena dalam konteks menonton wayang.
MDKS mengeluarkan arahan melarang pasangan belum berkahwin daripada duduk bersama dalam panggung wayang dan unik’nya arahan itu hanya untuk pasangan Muslim.
Namun menurut laporan The Star hari ini, Exco Selangor Ronnie Liu telah mengesahkan yang majlis daerah tersebut telah pun menarik balik arahan yang telah di’keluarkan.
Ronnie Liu menambah yang arahan itu di’keluarkan MDKS tanpa sebarang perbincangan dengan kerajaan negeri dan tidak konsisten dengan majlis daerah lain di negeri tersebut.
Jadi, apa pendapat anda? Adakah larangan pasangan Muslim yang belum berkahwin daripada duduk bersama dalam panggung wayang perlu di’ambil serius atau pun ini fenomena yang berlaku hari ini sebenarnya tidak serius mana?