fbpx

Maya Matahari Meninggal Dunia

Penyanyi yang poular dengan lagu Matahari, Maya meninggal dunia sebentar selepas bertarung dengan sakit kanser.

Memetik laporan Harian Metro, Maya disahkan meninggal dunia oleh penyanyi dan penyampai radio, Haiza. Haiza ketika dihubung berkata, dia masih menunggu maklumat terkini mengenai jenazah arwah.

“Saya dapat panggilan daripada Kak Ieda (Moin) yang memaklumkan mengenai berita ini. Setakat ini, saya dimaklumkan jenazah arwah berada di Sungai Buloh, namun belum tahu di mana lokasinya secara spesifik,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Haiza, dia tahu bahawa rakannya itu menghidapi kanser sejak arwah menyertai Gegar Vaganza musim kelima lagi pada 2018. Difahamkan, Maya baru saja pulang dari China selepas menjalani rawatan di sana.

“Kali terakhir saya bertemu dengan arwah adalah ketika dia dimasukkan ke Hospital Pantai Kuala Lumpur di Bangsar pada penghujung tahun lalu dan sejak itu, selalu berhubung menerusi telefon,” katanya.

Allahyarham yang berusia 44 tahun dikatakan tidak mahu berita penderitaannya dihebahkan kepada peminat, media dan masyarakat.

Mya atau nama sebenarnya Myanaliza Ruslee popular menerusi beberapa lagu antaranya Matahari dan Diari Biru sekitar 1990-an dan kembali membuat kemunculan semula selepas menyertai program Gegar Vaganza.