fbpx

Maya Karin Teringin Berlakon Drama Sehebat Nur Kasih

Kami ingat kisah Maya Karin menjadi pengacara baru Nona sudah basi, rupanya hype tentang ini masih berkeliaran.

Seawal Oktober rasanya TV3 sudah memberikan ura-ura yang Maya Karin bakal mengacarakan rancangan wanita popular mereka, Nona.

Tidak mengapa. Yang menarik minat kami hari ini adalah keinginan terbaru Maya Karin.

Bukan mengidam yang bukan-bukan kerana mengandung kerana awal-awal lagi Maya Karin sudah umumkan yang beliau mahu tangguh semua itu demi kerjaya.

Maya Karin yang di’temui media baru-baru ini berharap ada pihak boleh memberikan skrip sehebat Nur Kasih untuk beliau.

“Sebenarnya saya sudah mula gemarkan drama, terutama drama bersiri. Saya juga teringin berlakon drama kalau ditawarkan skrip sehebat Nur Kasih.”

Maya Karin pernah muncul dalam dua buah drama — Anak Pontianak & Waris yang mana kedua-duanya mengambil inspirasi filem lakonan beliau.