fbpx

Maya Karin Gembira Hidup Solo & Keluar Dengan Remy Ishak Sebagai Kawan

Maya Karin Gembira Hidup Solo & Keluar Dengan Remy Ishak Sebagai KawanDua minggu lalu sebelum aktress ini terbang ke Nepal, kecoh dunia hiburan Malaysia dengan gossip mengatakan yang Maya Karin & Remy Ishak keluar makan malam bersama.

Maya Karin yang di’temui baru baru ini berkata yang kisah itu menjadi kecoh hanya kerana Remy Ishak kini sudah kembali solo & mereka berdua keluar hanya sebagai kawan.

Aktress ini turut berkata yang beliau sudah tiga tahun hidup solo & gembira dengan apa yang beliau miliki sekarang selain terlalu sibuk dengan kerjaya untuk memiliki kekasih.

Bercakap tentang pelantikan beliau sebagai duta jenama untuk pakaian dalam, Sorella baru baru ini Maya Karin berkata yang beliau tahu batas yang perlu di’jaga sebagai selebriti.

“Selagi bukan saya yang buat catwalk dengan pakaian dalam itu, saya okay. Saya sukakan rekaan Sorella dan menggalakkan semua wanita memakainya,” ujar Maya Karin.

Baru pulang dari Nepal, Maya Karin tidak mandi selama lebih 2 hari ketika melakukan ekspedisi mendaki gunung Tserko Ri tetapi gembira kerana berjaya sampai ke puncak.