fbpx

Maya Karin Akui Bosan Dengan Dunia Glamor

Nama Maya Karin bukanlah asing dalam industri hiburan tempatan tetapi diakui memang jarang melihat kelibat beliau di acara-acara hiburan namun dari segi karya, memang tidak pernah sepi penglibatannya. Rupa-rupanya Maya akui dirinya sudah bosan dengan dunia glamor yang sentiasa harus berhias cantik yang bertentangan dengan dirinya.

BACA: Berhenti Jadi Artis, Maya Karin Umum Sertai Politik

“Sekarang jarang pihak panggil saya ke majlis-majlis pelancaran produk. Mungkin sebab saya sendiri jarang untuk memenuhi undangan-undangan sebegitu. Saya sebenarnya sudah bosan dengan dunia glamor. Kita kena tampil cantik, anggun dengan bulu mata dan sebagainya”

“Itu bukan saya. Ada orang yang suka untuk tampil berhias sebegitu tetapi diri saya pilih sebaliknya. Saya juga kurang aktif di laman-laman sosial. Ada orang bangun pagi, terus ambil gambar tapi saya tidak. Ramai peminat pelik, saya pelakon tetapi di media sosial tidak popular,” katanya kepada Utusan Online.

Mengakui dirinya bukanlah selebriti popular di media sosial, Maya percaya beliau masih mempunyai peminat yang berkualiti dan bukan hanya sejenis histeria apabila melihatnya tetapi yang setia dan sentiasa menyokong perjalanan kariernya. Disebabkan itu Maya tidak kisah untuk meraih populariti berdasarkan media sosial tetapi kualiti karyanya.

Apapun harap-harap kenyataan Maya bukanlah kerana merajuk dengan industri tempatan kerana rugi kalau kita kehilangan pelakon berbakat seperti beliau. Untuk pengetahuan, Maya kini sedang giat dalam pementasan teater Tun Fatimah, bergandingan dengan Remy Ishak yang bakal beraksi di pentas Panggung Bangsawan Melaka pada 20 Oktober hingga 21 Oktober ini. (rtky/w)