fbpx

Mawi Tak Malu Cakap Takut Bini

Penyanyi dan pengarah, Mawi berkata dia suka menggunakan perkataan ‘takut bini’ di hadapan orang ramai sebagai rasa hormat isterinya, Nora’ Asikin Rahmat atau Ekin.

Menurut Mawi, penggunaan perkataan itu sebenarnya lebih membahagiakan selain menunjuk rasa hormat seorang suami kepada isteri apatah lagi wanita itu sentiasa memberikan sokongan kepadanya.

BACA: Mawi Dedah Dicium Peminat Wanita, Tak Henti Cakap I Love You

“Saya tak malu cakap ‘takut bini’ depan ramai orang sebab ia lebih kepada menghormati isteri sendiri. Lagi pula, selama melalui kehidupan bersama, Ekin adalah orang yang sentiasa menyokong saya dalam segala hal.

“Macam untuk hasilkan filem ini, ada juga bantuan modal yang datangnya daripada Ekin dan ahli keluarga lain. Jadi, memang dia banyak menolong saya selain memberi sokongan dalam kerja dilakukan,” katanya.

Sama seperti pasangan lain yang turut berdepan ujian dalam rumah tangga, Mawi berkata apa yang paling utama kena tahu bagaimana nak menghadapinya.

Siapa yang berkahwin, tak pernah kena ujian? Saya sudah lalui perkara sebegini dan dalam kehidupan berumah tangga, memang ada ujiannya. Saya pernah melaluinya (ujian rumah tangga) dan bukan sebab ‘orang ketiga’.

“Ujian rumah tangga hadir dalam pelbagai punca dan faktor. Tapi, alhamdulillah rumah tangga saya dan Ekin tidak pernah diganggu dengan ‘orang ketiga’.

“Ujiannya dalam bentuk lain dan sebagai suami isteri sebaik-baiknya kita sentiasa berterus-terang. Ia penting supaya tiada salah faham atau berfikir yang bukan-bukan oleh pasangan,” katanya.

Mawi mendirikan rumah tangga dengan Ekin pada 2008. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Cahaya Malaika, 10.