Ingat lagi minggu lalu ketika laporan keluar mengatakan kediaman Mawi & Ekin di Bangi telah di’pecah masuk kerana si pencuri ternampak bunian? Ada berita lain yang berlaku pada hari yang sama.
Harian Metro pada hari yang sama melaporkan Nora Asyikin Rahmat atau Ekin telah mendakwa ditipu dua orang lelaki dalam urusan penjualan kereta berjenama Peugeot baru baru ini.
Pada 20 November lalu, Ekin telah menjual kereta suaminya kepada dua orang lelaki di sebuah bengkel di Cheras Utama dengan harga RM37,000 tetapi hanya mengambil RM1,000 sebagai deposit.
Baki RM36,000 di’janjikan oleh dua lelaki tersebut selepas urusan menukar hak milik selesai namun Ekin menerima maklumat dari seseorang yang kereta tersebut telah pun bertukar hak milik.
Ekin yang terkejut dengan maklumat itu cuba menghubungi kedua dua lelaki berkenaan tetapi panggilan beliau tidak berjawab.
Merasa tertipu, Ekin hadir ke Balai Polis Cheras untuk membuat laporan polis & apabila di’minta mengulas tentang isu ini Ekin mengatakan yang beliau menyerahkan perkara ini kepada siasatan pihak polis.