Mawi Doakan Ina Naim Terus Tabah, Kuat

Penyanyi dan penyampai radio, Mawi mendoakan agar Ina Naim diberikan kekuatas atas pemergian suaminya,yang juga bekas penyanyi nasyid, Allahyarham Suhaimi Saad.

Menerusi perkongsian video di Facebook, Mawi berkata Ina dan anak-anaknya perlu terus tabah dengan ujian berkenaan.

BACA: Tular Semula Video Suhaimi Saad Dedah Ina Naim Yang Melamarnya

“Saya sentiasa mendoakan semoga keluarganya dalam keadaan kuat. Kita hanya mampu berdoa tetapi yang memberi kekuatan adalah Allah SWT. Kita doakan juga semoga Allah SWT pilih dia (Mohd Suhaimi) sebagai kekasih-Nya,” katanya.

Dalam pada itu, Mawi meluahkan rasa syukur ramai yang bercerita mengenai perkara baik yang dilakukan Allahyarham Mohd Suhaimi ketika hayatnya.

“Alhamdulillah kalau ramai bercerita kebaikan kita kerana ia satu petanda baik, yang takut kalau orang cakap tentang keburukan.

“Boleh jadi contoh dan inspirasi tapi janganlah buat baik sebab nak orang puji kita selepas mati, niat sudah lari. Sebenarnya buat baik ini biarlah ikhlas.

“Esok kita mati orang hendak cerita baik atau sebaliknya, terserah kepada ALLAH. Cuma yang masih ada peluang di dunia ALLAH bagi ini, banyak-banyaklah buat kebaikan. Kalau ada rezeki lebih, berkongsi dengan orang lain,” katanya.

Rabu lalu, Suhaimi meninggal dunia pada jam 7.40 malam di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI) akibat jangkitan kuman di paru-paru.