fbpx

Mawar Rashid Tak Sedar Hamil Anak Kedua

Dikurniakan rezeki cahaya mata kedua, Mawar Rashid memberitahu pada awalnya dia tidak menyedari sedang berbadan dua walaupun tidak datang bulan sehinggalah dia dan suami bertemu dengan pakar Ginekologi (Gynaecology) minggu lalu.

BACA: Hamil Anak Kedua, Mawar Rashid Berehat Main TikTok

“Saya dapat tahu tengah berbadan dua ni masa minggu lepas. Mula-mula saya ingatkan period tak datang disebabkan hormon. Lepastu saya pergi buat pemeriksaan, keputusan dia negatif. Saya buat juga ujian kehamilan (pregnancy test) masih sama juga.

“Jadi saya anggap tak hamil. Dalam masa yang sama, saya risau memikirkan kenapa period saya tak datang. Dengan asyik rasa nak muntah ja selama dua minggu.

“Lepastu suami ajak berjumpa dengan gynae sebab risau hormon saya bermasalah. Dekat situ la saya tau tengah hamil. Dah besar pun baby, saya yang tak perasan,” katanya kepada Astro Gempak.

Mawar berkata proses kehamilan kali kedua ini sangat berbeza dengan anak pertamanya iaitu Raden Muhammad Rafael. Katanya lagi, dia sentiasa berasa mual dan hanya makan makanan yang tertentu dalam kuantiti yang sedikit.

“Masa kehamilan pertama tak macam ni, yang kedua ini benar-benar bertentangan. Bila alahan ni dia boleh ja makan cuma memilih sikit. Makan benda yang rasa nak makan ja. Kalau makan pun dalam kuantiti yang sikit.

“Dia rasa nak muntah ja itu yang lemah satu badan. Saya dengan bau masih okey lagi cuma rasa mual sepanjang masa,” katanya.

Dalam pada itu, Mawar memberitahu semenjak mengetahui dirinya hamil anak lelakinya berubah menjadi terlebih manja dan sentiasa inginkan perhatian seolah tahu bahawa tidak lama lagi akan menjadi abang.

Mawar mendirikan rumah tangga bersama Raf Yaakob pada November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Raden Muhammad Rafael pada Mac tahun lalu.