fbpx

Hamil Anak Kedua, Mawar Rashid Berehat Main TikTok

Berkongsikan berita gembira dirinya kini sedang hamil anak kedua, Mawar Rashid berkata dia kehamilannya kali ini agak mencabar dimana dia mengalami alahan teruk berbanding ketika mengandung anak pertamanya, Raden Muhammad Rafael.

Beryukur di atas rezeki cahaya mata keduanya itu, Mawar turut meminta agar orang ramai mendoakan untuk bayi dalam kandungannya serta kesihatannya yang tidak berapa baik kerana mengalami loya yang agak teruk.

BACA: “Saya Tak Pernah Suruh Atau Paksa Mawar Berhijab”

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Mawar turut meminta maaf kerana tidak dapat menunaikan permintaan peminat untuk melihatnya melakukan cabaran Barbie Challenge kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.

“Doakan Mawar. Kali ini alahan teruk sikit, itu yang perlahan sikit online. Ramai minta buat Barbie Challenge, tapi tak larat. Minta maaf semua, banyak lagi nak buat challenge lain dan kerja lain-lain tapi semua tergendala,” katanya.

Diruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan tahniah buat pelakon itu dan mendoakan agar kandungan baik-baik sahaja dan bayi dalam keadaan sihat serta dipermudahkan proses kehamilan.

Mawar telah mendirikan rumah tangga bersama Raf Yaakob pada November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Raden Muhammad Rafael pada Mac tahun lalu.