Belum lagi reda dengan kontroversi tidak lagi berhijab, tiada angin tiada ribut, pelakon Mawar Rashid dan suaminya, Raf Yaakob didakwa bakal bercerai.
Memetik Harian Metro, sumber memberitahu pasangan itu sepatutnya hadir ke mahkamah syariah hari ini.
BACA: Netizen Dakwa Mawar Rashid Hilang Seri Sejak Buka Tudung
“Sepatutnya mereka ke mahkamah hari ini, tapi tak pasti pula kenapa tak jadi. Mungkin berbaik semula. Kita doakan saja yang baik-baik buat mereka,” katanya.
Malah, hasil tinjauan di Instagram Mawar, pelakon itu sudah memadam gambarnya bersama suami di Instagram. Namun, masih ada gambar mereka di Instagram Raf.
Terdahulu, isu rumah tangga Mawar dan Raf didakwa bergolak selepas aktres itu mengambil keputusan membuka tudung pada Oktober lalu.
Untuk rekod, Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017. Pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta kini berusia dua tahun dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.