fbpx

Netizen Dakwa Mawar Rashid Hilang Seri Sejak Buka Tudung

Umum mengetahui, Oktober lalu pelakon Mawar Rashid mengejutkan ramai apabila memuat naik gambarnya tidak lagi berhijab di Instagram selepas tiga tahun bertudung.

Baru-baru ini, Mawar dilihat ada memuat naik beberapa keping gambarnya mengenakan baju berwarna hitam dan mengenakan solekan.

BACA: Padam Semua Foto Tak Bertudung, Mawar Rashid Jauhi Keluarga & Rakan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

Bagaimanapun, Mawar tidak menulis sebarang kapsyen pada hantarannya namun meletakkan lagu berjudul ‘What Was I Made For?’ nyanyian Billie Eilish.

Seperti sudah dijangka, perkongsian Mawar itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana ada yang memuji kecantikan pelakon itu.

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan air muka Mawar kelihatan berbeza daripada sebelum ini serta mendakwa hilang seri selepas membuka hijab.

Meskipun pelbagai komen kecaman dilemparkan, namun ramai yang memberikan teguran dan nasihat agar Mawar kembali berhijab kerana dilihat lebih cantik.