Status rumah tangga pelakon Mawar Rashid dan suaminya, Raf Yaakob akhirnya terjawab apabila mereka mengesahkan memilih jalan untuk berpisah kerana tiada lagi persefahaman.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Mawar berkata fokus utama mereka kini adalah memberi sokongan dan kasih sayang kepada anak-anak dan masih menjalin hubungan baik dengan Raf.
BACA: Mawar Rashid Hanya Diam, Matikan Panggilan Selepas Ditanya Dakwaan Bakal Cerai
“Kami berdua bersetuju untuk berpisah atas dasar tiada persefahaman. Raf dan saya kekal berhubungan baik. Fokus kami sekarang adalah memberi sokongan dan kasih sayang yang diperlukan oleh anak-anak kami.
“Kejayaan hubungan kekeluargaan bermula dari ibu bapa dan itu yang kami akan usahakan bersama biarpun tidak lagi berdua,” ujarnya.
Bagaimanapun, menerusi kenyataan itu Mawar tidak mendedahkan bila mereka memfailkan cerai.
Dalam pada tu, Mawar turut mengucapkan terima kasih buat mereka yang sentiasa menyokongnya dan Raf serta meminta mendoakan yang baik-baik buat mereka.
“Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami berdua dan juga, untuk doa-doa yang baik. Itu amat bermakna untuk kami.
“Ini adalah kenyataan rasmi yang pertama dan terakhir dari kami. Harap semua pihak menghormati keputusan ini,” katanya.