fbpx

Mawar Rashid Minta Maaf, Dah Cuba Istiqamah Tapi Gagal

Pelakon Mawar Rashid mengejutkan ramai apabila memuat naik gambarnya tidak lagi berhijab di Instagram semalam selepas tiga tahun membuat keputusan untuk bertudung.

Menerusi perkongsian di Insta Story malam tadi, Mawar tampil memberi penjelasangan mengenai keputusannya itu yang dianggap bukan tindakan yang baik dan tidak patut dicontohi.

BACA: “Dah Cuba Tapi Gagal” – Mawar Rashid Buka Tudung

“Saya tak nak cakap banyak mengenai isu ini sebab tindakan saya ni bukanlah tindakan yang baik dan tidak patut dicontohi.

“Sungguh pun semua ini dah berlaku, saya masih berusaha untuk memperbaiki hubungan saya dengan Allah. Biarlah usaha saya ini antara saya dan Allah SWT sahaja,” tulisnya.

Sementara itu, Mawar turut memohon maaf buat mereka yang kecewa dengan keputusannya itu. Katanya lagi, dia sudah cuba istiqamah dalam berhijab namun gagal.

Dalam pada itu, Mawar turut meminta orang ramai mendoakan agar dia terus istiqamah untuk memperbaiki diri serta berterima kasih buat mereka yang masih menyokong dirinya.

“Saya juga nak minta maaf kepada semua orang yang saya dah kecewakan. Saya dah buat dan saya cuba sedaya upaya untuk istiqamah selama ni. Tapi saya gagal kali ini.

“Doakan saya untuk istiqamah dalam usaha memperbaiki diri yang penuh dengan kekurangan ini. Terima kasih kepada yang masih sokong saya, bagi kata positif dan doakan yang baik untuk saya. Terima kasih,” tulisnya.