fbpx

Mawar Rashid Kunci Mulut Dakwaan Dah Nikah Jejaka Brunei

Tiada angin tiada ribut timbul spekulasi mengatakan pelakon Mawar Rashid menamatkan zaman jandanya dengan jejaka pilihannya.

Memetik mStar Online, bagaimanapun Mawar berkata dia akan berkongsikan sebarang berita gembira jika dia sudah bersedia.

BACA: “Mawar Rashid, Raf Bercerai Bukan Disebabkan Orang Ketiga” – Wawa Zainal

“Saya belum boleh beri sebarang komen tentang hal berkenaan kerana ia terlalu peribadi. Insya Allah saya akan kongsi apabila sudah bersedia dalam masa terdekat,” katanya.

Hari ini hangat diperkatakan mengenai perkongsian Mawar apabila memuat naik gambar dipercayai bersama suami namun hanya menampakkan bahagian peha dan memakai pakaian warna sedondon.

Difahamkan, Mawar ada memuat naik gambar borang pernikahan dari Pejabat Pendaftaran Perkahwinan Negara Brunei Darussalam dan tertera tarikh 8 Mac 2024, namun perkongsian itu telah pun dipadam.

Dalam pada itu, Mawar turut meminta mendoakan yang baik-baik buat dirinya serta mengucapkan terima kasih yang mendoakannya.