Kebelakangan ini pergolakkan rumah tangga pasangan Fizo Omar dan Mawar Karim sering menjadi bahan bualan. Tampil berterus terang, Mawar mengakui ada bertemu pejabat agama dan peguan bagi mendapatkan nasihat berkenaan kemelut rumah tangga yang dihadapinya.
BACA: “Apa Pun Terjadi, Mawar Tetap Ibu Anak Kami”
“Sebelum ini memang saya ada rujuk pada pejabat agama, peguam dan pakar motivasi perkahwinan untuk mendapatkan nasihat mengenai isu rumah tangga kami. Semua orang impikan kebahagian dalam rumah tangga”
“Cuma, apa pun yang berlaku biarlah antara suami isteri saja yang tahu. Saya takut komen disalah tafsir. Saya minta maaf sangat, buat sementara tak boleh komen,” katanya kepada Harian Metro.
Manakala menerusi entri terbaru di Instagram, Mawar seolah meluahkan apa yang terbuku di hati mengenai perkahwinan yang bergolak. Jelas Mawar hubungan suami isteri akan terjejas jika sesuatu kemelut itu dicampur pihak lain.
Malah Mawar turut menekankan soal komunikasi yang sangat penting dalam sesebuah rumah tangga. Dalam masa yang sama, Mawar mengharapkan doa dari peminat agar rumah tangganya dapat diselamatkan. (rtky/w)