“Apa Pun Terjadi, Mawar Tetap Ibu Anak Kami”

Enggan terus berteka-teki, Fizo Omar harini mengakui rumah tangga yang dibina hampir enam tahun lalu bersama Mawar Karim sedang berdepan dengan masalah. Bagaimanapun Fizo tidak menjelaskan sebab keretakkan itu.

BACA: Rumah Tangga Fizo Omar Berantakan, Mawar Jumpa Peguam?

“Tidak dinafikan yang rumah tangga saya menghadapai sedikit cabaran seperti mana yg diketahui semua. Saya amat berharap terutama pihak media dan netizen dapat bersabar dan memahami situasi kami”

“Sesiapa sahaja yang mendirikan rumah tangga pasti mempunyai impian untuk hidup bahagia dan mempertahankan rumah tangga hingga ke jannah, tapi bila sampai waktunya kita dipilih oleh Allah utk di uji”

Jelas Fizo lagi, walau apa jua keputusan mahkamah nanti, beliau dan Mawar akan terus mengekalkan hubungan baik demi membesarkan anak tunggal mereka, Maryam yang baru sahaja berusia dua tahun itu.

“Walau apa yang berlaku, insyallah hubungan saya dan Mawar akan terus baik demi membesarkan dan mendidik Wan Maryam zuriat dari Allah yang kami nantikan selama 4 tahun. Apa jua yg terjadi, Mawar tetap ibu kepada anak kami”

“Apa pun keputusan mahkamah nanti saya terima dan saya memohon maaf dan juga memaafkan semua pihak. Doa yang baik-baik daripada semua pihak diharap dapat menemui jalan yang terbaik antara saya dan Mawar,” tulisnya.

Terdahulu, Fizo terkejut apabila dimaklumkan isteri telah mendapatkan nasihat peguam mengenai masalah rumah tangga mereka. Kami disini doakan yang terbaik buat pasangan ini. (rtky/w)

×