Hari ini pelakon Mawar Rashid mengejutkan ramai apabila memuat naik tidak lagi bertudung di Instagram selepas tiga tahun berhijab.
Memetik Utusan Online, abang ipar kepada pelakon tersebut iaitu Datuk Fazley Yaakob berkata dia enggan masuk campur urusan keluarga adiknya, Raf Yaakob
BACA: “Dah Cuba Tapi Gagal” – Mawar Rashid Buka Tudung
Menurut Fazley lagi, dia menghormati privasi adik iparnya itu serta mengatakan pasti ada sebab mengapa Mawar berbuat demikian.
“Saya hormati keputusan dan privasi mereka. Mereka ada hak peribadi untuk buat keputusan sendiri. Saya anggap dia (Mawar) ada sebab kukuh mengapa tiba-tiba bertindak sedemikian,” katanya.
Dalam pada itu, ditanya sama ada dia perasan mengenai perubahan Mawar sehingga membuka tudung, Fazley berkata dia tahu adik iparnya mengalami masalah tekanan mental yang serius.
“Saya rasa semua pun sedia maklum dan Mawar juga sudah berulang kali memberitahu, dia mempunyai masalah kesihatan mental yang serius. Sebagai abang ipar, saya juga ambil maklum.
“Tetapi saya juga ada batas sendiri untuk tidak mencampuri secara teliti kehidupan mereka. Sekadar nasihat dan perhatian sebagai seorang abang. Kita doakan yang terbaik untuk Mawar dan Raf, hadapi ujian ini,”ujarnya.