fbpx

“Mati Ke Kalau You All Tangguhkan Sekejap Balik Kampung Tu?”

Menerusi satu perkongsian video, pelakon Catriona Ross meluahkan rasa geram dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang berdegil mahu pulang ke kampung sebaik sahaja kerajaan mengumumkan total lockdown, Jumaat lalu.

Katanya lagi, dia tidak tahu bagaimana mana menggambarkan perasannya melihat gambar lebuh raya sesak pada Sabtu lalu serta berharap video dimuat naik di media sosial itu dapat memberikan kesedaran.

BACA: Wajah Kusam & Tembam, Ini Cara Catriona Ross Kembali Ayu

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cat Ross (@catrionabrianross)

“Saya marah sangat sebab dah nak menjangkau 16 bulan negara kita berada dalam keadaan begini, kenapa masih ramai lagi yang seolah-olah tidak memahami apa yang terjadi dan diperkatakan?

“Apabila kerajaan umum lockdown, setiap kali itu juga keesokannya lebuh raya akan sesak. Dah tiada cara lain sebab itu saya buat video seperti yang dikongsikan di Instagram, saya harap ia sampai ke hati dan menjentik kesedaran semua,” katanya.

Catriona berkata lagi, dia memahami jika ada yang benar-benar terdesak untuk pulang ke kampung, namun kesal jika ada pihak yang bertindak menyalahgunakan kebenaran polis atas tujuan tersebut.

“Saya tahu memang ada yang dapat surat kebenaran daripada polis, MITI, saya faham itu tapi yang jadi persoalan, mati ke kalau you all tangguhkan sekejap nak balik kampung tu, macam you seorang sahaja yang ada isteri di kampung.

“Apa lagi dalam keadaan sekarang tiga varian yang dah ada di negara kita. Saya yakin dalam ramai yang bersesak nak balik kampung tu mungkin tanpa sedar mereka sendiri jadi ‘carrier’ sebab varian sekarang tak ada simptom,” katanya.

Dalam pada itu, Catriona berkata sekarang bukan masanya untuk rakyat Malaysia meletakkah kesalahan kepada mana-mana pihak, tetapi lihat pada diri sendiri adakah kita rakyat bertanggungjawab.

“Sekarang kita semua kena tengok pada diri sendiri. Tak perlu saling nak tunding jari pada mana-mana pihak.

“Kalau ada selebriti buat salah, anda kecam mereka macam hari dah nak kiamat. Saya cakap ini bukan sebabnak bela golongan artis, sebab bagi saya yang mana salah tetap salah,” katanya.