Mata Elyana Tak Berapa Jelas, Pendengaran Rosak, Memori Hilang & Sakit Saraf
Pada Disember tahun lalu, penyanyi Elyana berkongsi khabar gembira akhirnya bebas daripada kanser limfoma selepas 11 tahun berjuang.
Perkongsian terbaru Elyana menjadi perhatian apabila memberitahu dia mula mengalami kesan sampingan daripada rawatan kemoterapi yang dijalaninya sebelum ini seperti masalah pendengaran dan penglihatan.
BACA: Elyana Kecewa Dituduh Menipu Sakit Kanser
Menurut Elyana, kesan sampingan itu adalah perkara biasa dialami pesakit kanser lebih-lebih lagi sudah terlalu lama menjalani rawatan serta pengambilan ubat.
“Siapa kata senang jadi saya? Hari ini telinga saya pula tak dengar sebelah. Jadi mahu ke hospital lagi. Awak nak jadi saya? Kita tukar sekarang.
“Untuk pengetahuan anda, mata tak berapa jelas, pendengaran rosak, memori hilang, sakit saraf, sendi dan macam-macam lagi. Itu adalah perkara normal untuk mereka yang terlalu lama menahan sakit dengan kemoterapi atau radioterapi serta ubat-ubatan,” katanya.
Berkongsikan perkara itu di Insta Story, Elyana menjawab persoalan netizen yang mendakwa dia lupa diri selepas disahkan bebas kanser.
Sebelum ini, Elyana ada memuat naik paparan perbualan individu yang cuba memberi nasihat kepadanya namun menghina dirinya serta menuduhnya sengaja mencari simpati.
- SUMBER
- mStar Online
Harap dia mampu berubah ke arah kebaikan semula. Tutup aurat dan selebihnya serahkan kepada Allah. Kita pon bukannya sempurna mana nak mengomen orang itu ini. Harap Elyana boleh fikir dengan lebih matang. Yes, jadi diri sendiri (spt yg dia kata sebelum ni) mmg bagus. Tapi bukan dengan turn yourself into your previous life macam ni. Sepatutnya bila Allah bagi peluang kedua sihat & sembuh dari penyakit, kita berusaha jadi lebih baik. Takperlu pon upload gambar lama hmm sedih..
Dia sakit sikit merungut je bnyk, aku pun bkn le sihat sngt bnyk je appointment hospital nk kena hadap tp aku x penah pos apa2 kt media sosial pe semua sbb kita kena sedar diri. Sakit ni Allah bg ada sebab bukan xde apa2 tiba2 je seseorang tu diberi sakit. Bila kita faham sebab dan akibat sesuatu ujian tu kita kena laa terima dgn seikhlas hati. Tp bila org x reda dgn sesuatu ujian ni mula laa ckp mcm2. Seolah2 dlm dunia ni awak sorg jek yg teruk kena uji, org lain ni semua xde apa2…
Bkn ke kt tiktok ada doktor dari cancer group survivor yg kantoikan dia ni?! Saja2 ngaku ada kanser pd hal xde pun saja nk berdrama tagih simpati?!
ragam, tak baikla ko.kalau apa kau kata ni fitnah mcmna ..takkn la org berani nk mengaku sakit mcmtu? tak takut ke.kalau tuhan bg betul.aku pecaya je.dia ada tunjuk kan kat hosp buat chemoteraphy.ada chemo port kan kan dada tu dulu.mana bleh menipu
Alah org x sakit siap kutip derma konon nk mati sngt pun ada. Manusia ni sanggup je menipu atas mcm2 sbb
Ada org mmg suka besar2kan benda kecik utk mintak perhatian. Ada org sanggup mati sorg2 sbb x suka org tau kekurangan atau kelemahan dirinya. Ada org dia akan beritahu apa yg patut org tahu dan rahsiakan apa yg x patut org tau. Jd benda2 mcm ni mmg hari2 berlaku dlm hidup kita!