Masya Masyitah Pakai Kereta Mewah Porsche, Harga Cecah RM700,000
Siapa sangka tahun lalu, baru sahaja berusia 21 tahun, penyanyi Masya Masyitah berjaya membeli rumah keduanya dengan hasil titik peluhnya sebagai anak seni.
Baru-baru ini, penyanyi yang kini berusia 22 tahun itu ada memuat naik fotonya bersama sebuah kereta mewah model Porsche 718 Cayman menjadi perhatian ramai.
BACA: Masya Masyitah Berjaya Beli Rumah Kedua Pada Usia 21 Tahun
View this post on Instagram
Memetik Cari Forum, difahamkan kereta mewah dipercayai milik Masya itu berwarna biru terang dikatakan mencecah harga RM700,000 .
Menerusi entri itu, Masya turut menulis kapsyen mengatakan tiada yang mustahil di dalam dunia ini, dan apa sahaja boleh dilakukan dengan yakin.
Perkongsian Masya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kagum dengan pencapaian penyanyi itu yang kini mampu memiliki kereta mewah tersebut.
Terdahulu, Masya berjaya membeli sebuah kondominium berharga RM300,000 secara tunai ketika berusia 19 tahun. Tahun lalu, Masya berkongsikan berjaya membeli rumah keduanya kediaman dua tingkat.
- SUMBER
- Cari Forum
Nnt x mampu bayo kena isytihar muplis mcm gitaris rock si man kekel tu…
Patut lah berani ubah pemakaian… Sebab klu tak mmg tak laku.. tak dapat nak beli semua ni
Ini sumer berita tipu. Umur baru 21 beli keta RM700k Sikit2 keta pause keta biemw keta mecerdis keta odi. Sumernya pembelian tak cerdik kalau pun tak tipu nak ajak budak2 berinspirasi kpd pelaburan tak cerdik supaya jd bangkrap. Buat lah cerita retis beli keta juara second hand keta daihatsu charade ke tanda berjimat cermat.
Entah lagu apa yang dia nyanyi sampai begitu sekali kayanya mengalahkan P.Ramli, uji rashid dll yg jelas miskin.
dia ni famous sebab apa?
Artis skg kaya raya sb payment skg x sama macam zaman p.ramlee tu sume..skg nyanyi 3,4 lagu aje da dpt bayaran ribu2 .pastu artis skg lebih educated…diaorang pandai menyimpan..sb diaorang blh tgk nasib artis dulu2 yg susah..sb tu dpt je duit lebih diaorang trus beli aset..kalau x, abis le duit tu buat enjoy aje..i
..saya kan, tak kenal siapa dia ni..tau nama je, tu pun sebab selalu kena kondem..apa sumbangan kepada dunia artis pun tak nampak..
jika benar harap dapat di kongsi ilmu niaga tersebut dengan saya? saya suka belajar ilmu yang bermanfaat. adakah ia memerlu.modal yang besar?
@Intan, sekejap ko kata pandai menyimpan sekejap ko kata dpt duit je terus beli asset? Ko tahu ke apa ko cakap ni. Ko kata retis skrg lebih educated? Kalau dia berpelajaran dia tak akan beli asset yg susut nilai para kadar 30% pd tahun pertama. Kalau ramai pembaca blog ni berfikiran mcm ko aku nak hulurkan rasa simpati dan kesian ku kpd semua. Benarlah statistik BNM melaporkan kebanyakan kes bangkrap adalah dlm kumpulan pemimjam kenderaan. @Intan, ko kena lebih banyak membaca bukan sekadar melayari ruangan hiburan.