Nama pelakon Mawar Rashid menjadi bualan ramai sejak kebelakangan ini selepas kontroversi membuka tudung dan isu melibatkan rumah tangganya.
Terbaru, Mawar memaklumkan dia akan kembali berlakon selepas lama berehat. Menerusi entri itu, Mawar memaklumkan dia menghadiri casting untuk sebuah drama.
BACA: Fazley Yaakob Baru Tahu Mawar Rashid, Raf Berpisah
Menurut Mawar dia akan kembali berlakon pada tahun hadapan. Turut kelihatan dalam foto dikongsikannya itu adalah pengarah Osman Ali.
Malah, dalam perkongsian lain, Mawar turut berkongsikan terbabit dengan projek nyanyian amal untuk membantu memperkasakan wanita.
Minggu lalu, status rumah tangga Mawar dan suaminya, Raf Yaakob akhirnya terjawab apabila mereka mengesahkan memilih jalan untuk berpisah kerana tiada lagi persefahaman.