Masuk Stadium Luar Negara, Aeril Zafrel Dituduh Menunjuk
Baru-baru ini, pelakon dan usahawan Aeril Zafrel berkongsikan video kenangan ketika menonton perlawanan bolak sepak di Old Trafford.
Menerusi video itu, Aeril berkongsikan ianya pengalaman pertamanya menonton perlawanan bola sepak di stadium dan teruja apabila pasukan kegemarannya, Manchester United menang pada perlawanan tersebut.
BACA: Aeril & Wawa Terkejut Dapat Banyak ‘Gift Singa’ Dari Sultan Pemurah
View this post on Instagram
Bagaimanapun, Aeril dilihat memuat naik satu perkongsian meluahkan rasa kecewa apabila dituduh menunjuk-nunjuk kerana memuat naik video berada di stadium tersebut.
Dalam entri tersebut, Aeril turut memuat naik paparan komen netizen yang menuduhnya menunjuk sedangkan masuk stadium di Malaysia tak pernah pun muat naik video.
View this post on Instagram
Kesal dengan tuduhan tersebut, Aeril dilihat membalas komen individu itu dengan mengatakan ini merupakan pertama kali dia masuk ke stadium seumur hidupnya serta turut menyindir mungkin netizen tersebut merupakan penyokong pasukan Liverpool yang tewas pada Manchester United ketika perlawanan itu.
“Nama pun first time masuk stadium kak. nak record macam mana.susah jugak, kalau semua yang kita upload orang ingat asyik nak menunjuk je. Aku syak akak ni liverpool,” tulisnya.
Biar la… Kalau kau dpt masuk pun kau snap gak gambo byk2.. up byk2 kt i.g.. bukan selalu kau dpt g.. biasalah tu.. ntah apa2 ajer netizen ni.. xde keje betul.. nk mengecammm jer..
dah socmed dia.. suka hati dia lah nak share.. guna duit sendiri bukan sakau @ guna dana2 awam! Ini mesti kes iri hati kannn…