fbpx

Aeril & Wawa Terkejut Dapat Banyak ‘Gift Singa’ Dari Sultan Pemurah

Baru-baru ini, nama Sultan Pemurah menjadi bualan ramai apabila memberikan gift mewah kepada personaliti media sosial Ryan Bakery ketika sesi live di aplikasi TikTok.

Susulan itu, ramai yang berteka-teki siapa individu disebalik nama Sultan Pemurah itu kerana sering kali memberikan hadiah mewah kepada pengguna TikTok.

BACA: Ryan Bakery Tak Sangka Dapat ‘Gift Singa’, Rezeki Buat Duit Kahwin

@sultan_tiktok_legit

Sorry abang @aerilzafrel8 , sultan masuk kacau live abang ?? #fyp

? Kamla_4 – Rajvir Jawanda

Terbaru, ketika sesi live pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal semalam juga turut kecoh apabila Sultan Pemurah turut memberi hadiah.

@aerilzafrel8

@Sultan Pemurah bagi banyak lion guys ???

? Beat Automotivo Tan Tan Tan Viral – WZ Beat

Menerusi video dimuat naik oleh Aeril, pelakon itu teruja apabila melihat jumlah coin yang diterimanya daripada Sultan Pemurah.

Susulan itu, ramai yang tertanya-tanya siapa sebenarnya gerangan Sultan Pemurah itu kerana sanggup menghabiskan wang beribu ringgit.

Sebelum ini, netizen membuat spekulasi uara Sultan Pemurah itu adalah mirip kepada pelawak serta usahawan terkenal, Shuib Sepahtu.

Namun, kali ini netizen mendakwa individu disebalik Sultan Pemurah itu adalah nak lelaki usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Kacak selepas mendengar suara lelaki berkenaan.